F Sultanah Pahang hadiri pengebumian anak pegawai istana | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sultanah Pahang hadiri pengebumian anak pegawai istana

Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom berkenan mencemar duli menziarahi upacara pengebumian anak kepada pegawai operasi baginda di Rumah Rakyat Dangi, pagi ini.

Kehadiran baginda pada jam 11.45 pagi itu turut diiringi pegawai-pegawai istana.

Sultanah Kalsom turut berkenan menghadiri sehingga selesai majlis pengebumian itu kira-kira jam 1 tengah hari.

Pegawai Operasi baginda, Rohani Ramli, 36, telah kehilangan anak bongsu tersayang, Nor Amirah Zukrina Mohd Zulkarnain, 4, ketika dalam perjalanan pulang dari Senawang ke rumahnya ibu mertuanya di Dangi semalam akibat komplikasi kanser kelenjar dan paru-paru berair.

"Nor Amirah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.30 malam ketika dalam perjalanan dari Senawang ke Dangi, saya memandu kereta manakala suami saya memangku Nor Amirah.

“Namun setibanya di simpang Selaru, Nor Amirah kelihatan lemah. Melihat keadaannya, saya berpatah balik menuju ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Melang.

“Bagaimanapun, doktor telah mengesahkan Nor Amirah telah tiada kira-kira 10 minit yang lalu,” katanya ditemui di Rumah Rakyat Dangi, hari ini.

Sementara itu, jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam kampung Geduhom sebelum solat Zohor.

Rohani telah bertugas selama 15 di Istana Pekan, Pahang memiliki dua anak Nor Amirah, iaitu kakaknya yang berusia 9 tahun.

Dalam pada itu, Rohani juga menjunjung kasih atas kehadiran baginda ke majlis pengebumian anaknya dan menzahirkan ribuan terima kasih atas sumbangan peribadi.
Powered by Blogger.