F Sudah Terima Hakikat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Sudah Terima Hakikat

Hujung tahun lalu, kecoh apabila pengacara dan juga penyampai radio terkenal, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 44, telah ditamatkan kontraknya bersama stesen radio Sinar FM tanpa sebarang notis panjang.

Tambah gamat, pengumuman itu dibuat secara langsung bersama rakan penyampainya, Salih Yaakob pada konsert keenam program Gegar Vaganza 2, tahun lalu.

Hampir setahun berlalu, Raja Azura kini sudah sedikit demi sedikit melupakan peristiwa pahit itu dan meneruskan kehidupannya seperti biasa dengan melibatkan diri dalam dunia perniagaan.

"Selepas kejadian, mungkin saya masih menyimpan perasaan sakit hati, namun sekarang saya sudah reda. Saya terima rezeki hanya setakat itu waima apa sekalipun sebab dan musababnya. Saya yakin ada hikmah lain Allah tetapkan takdir itu dalam hidup saya," katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!

Dalam pada itu, beliau tidak menafikan timbul rasa rindu dengan kerjaya tersebut kerana sudah terbiasa dengan rutin pergi ke konti awal pagi dan bersembang dengan peminat di radio.

"Tetapi rasanya, cukuplah 10 tahun saya memegang gelaran penyampai radio. Mungkin sudah tiba masanya saya memberi fokus kepada anak-anak pula.

"Jika dahulu, saya tidak dapat menghantar mereka ke sekolah kerana terikat dengan komitmen kerja tapi sekarang saya mempunyai lebih masa untuk diluangkan. Ini adalah antara nikmat serta hikmah selepas tidak lagi bergelar penyampai radio.

Perkembangan lain, disamping masih lagi aktif mengacara, Raja Azura kini mengendalikan francais perniagaan Burger Byte di Shah Alam, Selangor.

Powered by Blogger.