F Sudah Kahwin Senyap-Senyap | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sudah Kahwin Senyap-Senyap

Bintang sensasi dan kontroversi, Miley Cyrus dilaporkan sudah berkahwin dengan teman lelakinya, Liam Hemsworth secara rahsia baru-baru ini.

Aceshowbiz melaporkan penyanyi itu dilihat memakai cincin perkahwinan di jari manis tangan kirinya ketika keluar makan malam bersama Liam di Malibu.

Pasangan itu dilihat berpegangan tangan dan ceria walaupun kehadiran mereka dikerumuni oleh paparazi yang mengejar mereka.

Malah Miley turut membatalkan kehadirannya pada Anugerah MTV yang berlangsung pada malam Ahad lalu dipercayai ingin mengelak daripada ditanya mengenai berita perkahwinan tersebut.

Bagaimanapun pasangan itu enggan mengulas mengenai dakwaan terbaharu itu.
Powered by Blogger.