F Suami Anita Rafar Meninggal Dunia Dalam Pesawat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Suami Anita Rafar Meninggal Dunia Dalam Pesawat

Datuk Zainal Osman Mohd, suami pelakon Datin Anita Rafar, meninggal dunia di dalam pesawat semasa dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari Dubai pada Khamis.

Ahli perniagaan berusia dalam lingkungan 60-an itu dipercayai mengalami serangan jantung sebelum meninggal dunia kira-kira 6 pagi.

Berita kematian Zainal Osman disahkan oleh adik-adik Anita iaitu Linda dan Diana, yang juga pelakon, melalui laman Instagram masing-masing pada Khamis.

Berikutan kematiannya, jenazah allahyarham kemudian diturunkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai, India untuk dibawa ke sebuah hospital bagi tujuan bedah siasat.


Bagaimanapun, punca sebenar kematiannya masih tidak diketahui.

Difahamkan, Konsulat Jeneral Malaysia di India akan membantu urusan membawa pulang jenazah allahyarham ke tanah air, sebelum dibawa ke kediamannya di Seksyen 6 di sini.

Anita pernah aktif berlakon bersama adik-adiknya suatu masa dahulu.
Powered by Blogger.