F Stacy hamil 4 bulan badan cepat letih | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Stacy hamil 4 bulan badan cepat letih


Berikutan pengumuman Stacy hamil yang dibuat suaminya, penyanyi Akim Ahmad menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini, Stacy memberitahu usia kandungannya kini menjengah usia empat bulan.



Tidak berniat mahu merahsiakan usia kehamilannya itu, Stacy hanya menjelaskan dia hanya mengikut nasihat keluarganya yang dikatakan adalah lebih elok, andai perkara itu tidak diumumkan ketika kandungan masih di peringkat awal.



Stacy yang kini teruja kerana tidak lama lagi akan menimang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama Akim, turut berkata, tiada alahan yang teruk dialami Cuma badannya cepat merasa letih.



Bukan itu sahaja, Stacy juga memaklumkan emosinya terganggu dan terpaksa menolak beberapa undangan persembahan nyanyian.



Jadi, pelantun Aku Stacy berharap agar semua orang dapat memahami situasinya dan tidak berkecil hati.

Semoga Stacy mendapat rehat yang secukupnya ok.
Powered by Blogger.