F Sharnaaz Rancang Pinang Nabila, Nikah Tahun Depan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sharnaaz Rancang Pinang Nabila, Nikah Tahun Depan

Setelah setahun menjalinkan hubungan cinta dengan wanita yang dikenali sebagai Noor Nabila, pelakon Sharnaaz Ahmad, 31, merancang mahu menikahi ahli perniagaan itu.

Memetik laporan BH Online, Sharnaaz berkata dia dan kekasihnya itu yang juga merupakan kakak kepada aktres, Neelofa, sudah berbincang ke arah mendirikan rumahtangga, namun menyerahkan urusan perbincangan dan peminangan kepada keluarga.

"Pada usia ini, saya sudah sedia memikul tanggungjawab sebagai suami serta membina keluarga. Saya berharap ia dapat direalisasikan tahun depan.

"Walaupun hasrat ini sudah saya suarakan kepada Nabila, semuanya harus mengikut adat bermula dengan majlis merisik disusuli peminangan.

"Namun, kalau boleh saya enggan 'mengikat' bakal isteri terlalu lama. Kami mahu bertunang tidak lebih dari enam bulan," katanya

Dalam pada itu, Sharnaaz menyifatkan Nabila seorang yang bijak serta kesederhanaan wanita itu membuatkannya cukup istimewa.

"Nabila sebenarnya mempunyai banyak ciri yang membuatkan dirinya disenangi. Selain bijak dan tahu apa yang dimahukan dalam hidup serta kerjaya, dia kurang suka kepada kehidupan glamor.

"Walaupun dilahirkan dalam keluarga senang, dia tetap bersederhana dan merendah diri.

"Memang sepanjang bersamanya, kami ada bergaduh. Adatlah, orang bercinta. Namun, kami terus serasi dan paling penting keluarga memberi restu," katanya.
Powered by Blogger.