F Shahrizal Jaszle Teruja Bakal Timang Anak Kedua | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Shahrizal Jaszle Teruja Bakal Timang Anak Kedua

Pelakon Shahrizal Jaszle berkongsi berita gembira isterinya, Hanis Husna kini hamil lima bulan dan mereka dijangka bakal menimang cahaya mata kedua sekitar Januari tahun hadapan.

Memetik laporan mStar online, Shahrizal atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin, 28, berkata, dia bertambah teruja apabila ujian ultra bunyi yang dilakukan mengesahkan janin dalam kandungan adalah bayi lelaki.

"Alhamdulillah walaupun saya dan isteri tidak menjangkakan kehamilan kedua ini namun kami bersyukur dengan rezeki dikurniakan Allah.

"Saya lebih teruja daripada terkejut apabila doktor mengesahkan jantina bayi kedua kami adalah lelaki.

"Saya memang mahukan anak lelaki dan Alhamdulillah hasrat itu dimakbulkan, Insya-Allah selepas ini saya ada teman," katanya.

Shahrizal dan Hanis berkahwin pada 1 Mei tahun lalu dan mereka dikurniakan seorang anak peremuan iaitu Alana Jasmeen Jaszle yang kini berusia lapan bulan.
Powered by Blogger.