F Seniwati Rosnani Jamil Umum Bersara Selepas 6 Dekad | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Seniwati Rosnani Jamil Umum Bersara Selepas 6 Dekad

Selepas enam dekad mengabdikan diri dalam dunia seni, Seniwati Datuk Rosnani Jamil, 80, mengumumkan bersara selepas filem terakhir garapannya, Mawar Putih ditayangkan di pawagam pada 18 Ogos ini.

Memetik laporan BH online, Rosnani yang juga penerbit dan pengarah terkenal berkata, dia mahu meluangkan masa bersama keluarga dan melawat negara orang selepas meninggalkan dunia seni.

"Pada usia ini, anak-anak meminta saya berjanji itu saja. Sebenarnya, Mawar Putih ini bukan sekadar naskhah penghargaan untuk arwah suami yang meninggal dunia dua tahun lalu, malah ia menjadi tanda perpisahan dengan dunia seni.

"Selepas tayangan, saya harap filem yang mengambil latar kampung kelahiran saya, Padang itu juga dapat dikongsi pula dengan penonton di Indonesia. Usai urusan tayangan, baharu saya fikir rehat.

"Anak saya pun ada yang tinggal di Amerika Syarikat (AS) manakala cucu pula di London. Jadi ada kelapangan saya mahu ke sana. Selain itu, saudara mara juga ramai di Singapura. Selepas inipun, saya tidak mungkin berlakon lagi," kata isteri kepada sutradara tersohor, Allahyarham Datuk Jamil Sulong itu.

Sementara itu, Mawar Putih menyaksikan gandingan Reen Rahim dan pelakon Indonesia, Triestan Aprilian sebagai teraju utama.

Selain Padang, filem yang secara keseluruhan membabitkan kos hampir RM1 juta termasuk promosi itu turut mengambil latar Bukit Tinggi, Sumatera.
Powered by Blogger.