F Selesa Low-Profile, Janet Khoo Tak Anggap Diri Selebriti | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Selesa Low-Profile, Janet Khoo Tak Anggap Diri Selebriti

Meskipun sejak beberapa tahun kebelakangan ini namanya kurang mendapat publisiti namun pelakon dan model, Janet Khoo memberitahu dia masih lagi aktif di lapangan dunia lakonan.

Menurut Janet atau nama sebenarnya Janet Khoo Kheng Hoon, 43, dia lebih selesa dengan kehidupan 'low-profile' dan tidak menganggap dirinya seorang selebriti.

"Saya ada. Tidak ke mana-mana pun malah saya masih aktif berlakon. Saya baru selesai penggambaran sebuah telemovie berjudul Kau Tetap Meh Wah terbitan produksi Cinta Kasih Production milik Aida Aris.

"Cuma mungkin saya kurang mendapat publisiti dan sebenarnya saya selesa begitu. Saya lebih selesa dengan kehidupan seperti orang biasa dan tidak pernah menganggap diri saya ini seorang selebriti.

"Biarlah orang terus mengenali saya menerusi drama-drama lakonan saya dan saya tak perlukan cerita-cerita gosip," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media drama terbaharu, Lara Aishah, baru-baru ini.

Berkongsi mengenai penglibatan dalam drama tersebut, Janet berkata selain kekuatan jalan cerita naskah tersebut antara sebab lain dia menerima tawaran drama terbitan Global Station Sdn Bhd itu kerana mahu mengambil peluang bekerja dengan rakan-rakan seangkatannya yang turut menjayakan drama berkenaan seperti Maria Farida, Datuk Eizlan Yusof dan Anne Abdullah.

"Apabila saya ditawarkan dan dapat tahu barisan pelakon lain antaranya adalah kawan-kawan saya ketika kami sama-sama menjayakan Astana Idaman dulu, saya sangat teruja.

"Jalan cerita drama ini mempunyai kekuatan yang tersendiri dan watak saya kali ini juga mencabar kerana diakhir cerita ini nanti baru kita akan tahu sama ada saya ini sebenarnya jahat atau baik," katanya yang memengang watak sebagai teman baik kepada Zurin lakonan Jasmin Hamid.

Lara Aishah turut mengandingkan pelakon Fasha Sandha dan Nazim Othman. Drama 100 episod ini bakal ditayangkan di saluran Astro Prima mulai 29 Ogos ini.

Tidak hanya mejadikan kerjaya lakonan sebagai periuk nasi, dalam masa yang sama wanita berketurunan Cina Peranakan ini turut mengendalikan perniagaanya sendiri.

"Selain berlakon, saya pun ada perniagaan saya. Tapi saya tak mahu lah berkongsi lanjut mengenai itu," tuturnya ringkas.

Menyentuh pula tentang kehidupan peribadi, Janet yang seperti sudah dapat mengagak lantas tersenyum tatkala ditanyakan bila dia mahu menamatkan zaman bujang.

Mengakui berkawan dengan beberapa lelaki, namun dia menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan.

"Saya ada ramai boyfriend (teman lelaki), cuma saya tunggu saja untuk dijodohkan. Mungkin masanya belum tiba lagi," tuturnya sambil mengukir senyuman.

Dalam pada itu, Janet tidak menafikan dek kisah dan berita-berita mengaitkan pasangan suami isteri yang melalui kemelut rumah tangga hingga membawa kepada penceraian sedikit sebanyak membuatkan dia rasa takut untuk melalui kehidupan berumah tangga.

"Lagipun apabila mendengar mengenai berita-berita tentang pasangan suami isteri yang bercerai, timbul juga rasa takut untuk berkahwin. Tapi kalau ada jodoh kelak, saya tidak menolak," katanya.
Powered by Blogger.