F Selepas London Azwan & Ezzaty rancang bulan madu di Mekah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Selepas London Azwan & Ezzaty rancang bulan madu di Mekah


Pasangan pengantin baru iaitu Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah baru sahaja pulang dari berbulan madu di London. Namun menurut Ezzaty ketika ditemui baru-baru ini memaklumkan, dia dan suami merancang untuk menunaikan umrah selepas berkahwin.



"Saya sudah buat keputusan untuk menunaikan umrah sebelum berkahwin lagi. Malah mahu berbulan madu di sana. Bila sudah berbincang, bulan Januari adalah paling sesuai sebab cuaca pun tak panas sangat dan tak ramai orang. Oleh itu, kami perlu buat pemilihan tarikh yang sesuai.

"Fasal persiapan masih lagi banyak yang belum selesai. Harap peminat doakan kami dan InsyaAllah ada rezeki Allah panggil kami jadi tetamu Dia, dapatlah kami pergi ke sana dan menunaikan ibadat umrah," jelas Ezzaty turut berhajat membawa ibu suaminya.



Selain itu, Kakigosip difahamkan Azwan juga sudah menyediakan nama anak perempuan. Ini kerana jelas Ezzaty, suaminya begitu tertarik dengan nama Tatiyana.



"Nama itu Azwan memang dah fikir sebab dia suka sangat dengar nama Tatiyana. Tapi masih dalam perbincangan dan kalau ada 'isi' nanti kami perlu semak semula maksud di sebalik nama itu.

"Harap maksudnya sangat berguna dan baik di sisi agama.  Dan InsyaAllah  kami akan berkongsi berita gembira itu, lagi cepat lagi bagus," terangnya sambil tersenyum.
Powered by Blogger.