F Selepas bercerai : "Hubungan dengan Chef Riz tetap baik" - Shikin Maembong | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Selepas bercerai : "Hubungan dengan Chef Riz tetap baik" - Shikin Maembong

Sebelum ini, kakak kepada Emma Maembong iaitu Shikin Maembong mengesahkan bahawa dia telah pun sah bercerai dengan Chef Riz yang juga merupakan anak kepada chef selebriti, Chef Wan. Pasangan ini telah sah bercerai pada bulan Jun yang lalu dan menganggap jodoh tidak panjang.

Walaupun sudah sah bercerai, Shikin mengakui bahawa hubungan dia dan bekas suaminya itu masih baik sehingga ke hari ini.

"Anak kami, Arianna yang kini berumur setahun tiga bulan memerlukan perhatian ayahnya. Jadi kami selalu bertemu sebab anak. Adakalanya kami bawa anak jalan-jalan bersama.

"Hubungan saya dengan bekas mentua juga masih baik macam biasa. Datuk Chef Wan ada juga merancang untuk membawa cucunya bercuti tetapi buat masa ini dia masih lagi sibuk dengan kerjanya," ujar Shikin ketika ditemui dalam program 'Raya Sakan Selebriti' bertempat di Beranda Kasih Hulu Langat Sabtu lalu.

Selain itu, menurut Shikin dia tidak mahu terus mengingati apa yang pernah berlaku dan mahu sedaya upaya menjaga hubungan baiknya dengan bekas keluarga mentua demi anak kesayangan mereka.

"Saya tidak mahu memberikan sebarang komen lagi tentang perkara tersebut cuma apa yang boleh saya katakan hubungan kami cukup baik dan tidak mempunyai sebarang masalah walaupun sudah berpisah," ujar Shikin lagi.

Powered by Blogger.