F Sekali Lagi Disaman Kerana Ciplak Lagu | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sekali Lagi Disaman Kerana Ciplak Lagu

Pewaris komposer lagu Marvin Gaye's "Let's Get It On" (Let's) menyaman pemuzik British, Ed Sheeran semalam, selepas mendakwa lagu hit beliau "Thinking Out Loud" (Thinking) meniru unsur-unsur teras dalam album 1973 nyanyian penyanyi soul itu.

Tuntutan mahkamah susulan pelanggaran hak cipta itu difailkan waris Ed Townsend, yang mengarang lirik "Let's Get It On" pada tahun 1973 dan mencipta gubahan muzik, menurut aduan yang difailkan di mahkamah persekutuan di Daerah Selatan New York.

Wakil-wakil defendan Sheeran, Sony/ATV Music Publishing, dan Atlantic Records enggan mengulas lanjut. Tuntutan, yang meminta ganti rugi yang akan dinilai ketika perbicaraan juri itu mendakwa perkembangan harmonik, melodi dan elemen-elemen berirama untuk "Let's Get It On" membentuk struktur utama lagu Sheeran "Thinking Out Loud."

"Defendan meniru 'jantung' kepada lagu "Let's dan mengulanginya berkali-kali sepanjang lagu "Thinking'," tuntutan mahkamah itu menyebut.

"Komposisi melodi, harmoni dan irama 'Thinking' sebahagian besarnya atau jelas sekali serupa dengan komposisi dram dalam 'Let's'."

Pemenang anugerah Grammy, Sheeran antara artis terlaris di Britain sejak dua tahun lalu, pernah menulis dan menulis bersama trek untuk artis seperti One Direction, Taylor Swift dan Justin Bieber.

Tuntutan itu dibuat dua bulan selepas seorang pemuzik yang berpangkalan di California menyaman Sheeran AS$20 juta (RM80 juta) untuk lagu hit beliau "Photograph" dalam satu kes lain.

Keluarga Gaye tahun lalu berjaya dalam tuntutannya dan memenangi AS$7.4 juta (RM29.6 juta) ke atas penyanyi R&B Robin Thicke dan Pharrell Williams berikutan pelanggaran hak cipta dalam satu lagi kes berasingan membabitkan single hit mereka "Blurred Lines,"
Powered by Blogger.