F Saya tidak tandatangan dokumen telaga minyak | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Saya tidak tandatangan dokumen telaga minyak

Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman‎ berkata beliau tidak menandatangani sebarang dokumen mengenai telaga minyak Bertam kerana kawasan itu bukan milik kerajaan negeri dan ia dikendalikan oleh Petronas.

Beliau menjelaskan sehingga kini pihaknya masih berusaha membuat permohonan rasmi kepada kerajaan Persekutuan agar Terengganu memperoleh pendapatan daripada telaga minyak terbabit.

Katanya telaga minyak Bertam tidak berada dalam lingkungan tiga batu nautika yang membolehkan ia menjadi hak milik penuh kerajaan negeri namun pihaknya masih cuba mendapatkan hasilnya demi kebaikan rakyat negeri ini.

Berikutan itu beliau menafikan kenyataan bekas Menteri Besar Ahmad Said yang menuduhnya sudah menandatangani dan menyerahkan medan telaga minyak Bertam 307 di perairan Terengganu kepada Pahang dan 1MDB.

Tegas Ahmad Razif, beliau tidak layak menandatangani sebarang surat menyurat kerana Bertam bukan hak milik negeri ini malah apa yang diperoleh daripada hasil telaga minyak lain adalah hasil 'pemberian' dan perjanjian Menteri Besar terdahulu bersama Tun Abdul Razak bagi membantu negeri yang paling hampir dengan telaga minyak yang dijumpai.

"Sebenarnya tiada isu telaga minyak kerana ia bukan hak kerajaan negeri tetapi Persekutuan.    

Jadi kenapa kita dapat lima peratus? Yang Bertam itu kepunyaan Petronas, kita tiada hak. Saya telah jelaskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri yang lalu," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Koperasi Negara 2016 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Ahmad Razif turut menyatakan bahawa beliau telah membuat permohonan rasmi supaya kerajaan Persekutuan meneliti semula ketetapan sebelum ini mengenai hak milik telaga minyak tersebut namun masih dalam peringkat perbincangan.    

"Kerajaan negeri telah membuat permohonan rasmi kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) selaku Menteri Kewangan untuk membuat pertimbangan agar digunakan balik asas kepada komitmen (lebih tiga batu nautika milik kerajaan Persekutuan) yang telah diberi sebelum itu tetapi saya belum dapat keputusan daripada PM.

"Kita sendiri telah tubuhkan satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh saya sendiri dan dianggotai oleh beberapa pihak termasuk wakil pemetaan kerana kita nak tengok balik dan melihat semula peraturan dan ia bukan proses yang cepat yang kita boleh ambil keputusan.

Katanya permohonan itu perlu dibuat mengikut peraturan dan beliau perlu diberi peluang menyelesaikannya kerana ia masih dalam proses rundingan.
Powered by Blogger.