F Saya tidak memilih Nazrief Nazri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Saya tidak memilih Nazrief Nazri

Sebelum ini ada desas-desus mengatakan selebriti yang semakin meningkat naik namanya, Nazrief Nazri kini sudah mula menunjukkan 'taringnya', kononnya sukar untuk mendapatkan Nazrief malah dia juga dikatakan semakin selektif dengan tawaran yang diberikan.

"Situasi itu saya tidak pernah mengalaminya lagi sebab saya belum sampai di tahap untuk menolak tawaran yang datang. Cuma kadang-kadang jika ada tawaran datang sekali gus dan saya pastinya akan pilih yang terbaik untuk diri saya.

"Selagi saya tidak menandatangani sebarang hitam putih, rasanya tidak ada masalah untuk saya pilih yang mana terbaik sebab saya mencari rezeki. Oleh itu, soal seandainya saya selektif mahupun 'demand', belumlah masanya lagi. Selagi saya ada kelapangan masa saya akan terima," ujarnya.

Hero Nasi Minyak Kuah Cinta ketika ditemui semasa menghadiri ke majlis Raya Sakan Selebriti turut meluahkan rasa keterujaannya apabila dapat meluangkan masa bersama peminatnya yang sama hadir pada majlis itu, baru-baru ini.
Powered by Blogger.