F Saya Tak Terlibat Dalam Masalah Hubungan Emma, Kamal - Zizan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Saya Tak Terlibat Dalam Masalah Hubungan Emma, Kamal - Zizan

Pelawak dan pelakon popular, Zizan Razak mendoakan yang terbaik mengenai hubungan bekas kekasihnya aktres Emma Maembong dengan aktor Kamal Adli yang dilaporkan sedang bermasalah.

Memetik laporan mStar online, Zizan, 32, berkata, dia terkejut dengan berita itu selepas ditanya oleh beberapa rakan yang mahukan kepastian.

"Sejak saya dan Emma berpisah saya tidak pernah berhubung lagi dengan dan kami hanya terserempak jika menghadiri majlis hiburan sahaja.

"Saya juga terkejut dan baru tahu tentang berita ini setelah ramai yang bertanya. Saya sendiri tidak tahu. Sebagai sahabat saya hanya mampu mendoakan yang terbaik sahaja," ujarnya.

Zizan mengulas tentang percintaan Emma Maembong dan Kamal Adli yang dikatakan sedang dilanda badai disebabkan kononnya campur tangan orang ketiga.

Dalam pada itu, Zizan berkata, dia tidak terlibat dengan masalah yang berlaku antara pasangan itu.

"Saya tidak ada sebab untuk menjadi punca mereka putus hubungan kerana selepas saya dan Emma berpisah, kami tidak menyimpan rasa cinta lagi.

"Malah, saya sentiasa berdoa agar dia mendapat ketenangan dan dapat apa yang dia cari selama ini," ujar Zizan.

Perkembangan lain, Zizan bakal mengacarakan program realiti Akademi Fantasia 2016 buat kal ke empat bersama hos gandingan yang akan diumumkan pada konsert pertama 21 Ogos depan.
Powered by Blogger.