F 'Saya hairan masih ada ahli bersama Pas' | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

'Saya hairan masih ada ahli bersama Pas'

"Selamat tinggal bahtera Pas. Saya hairan bagaimana ahli boleh duduk dalam bahtera yang berpusing-pusing,".

Demikian ucapan Datuk Husam Musa yang secara rasmi mengucapkan selamat tinggal kepada parti lamanya (Pas) untuk secara rasmi menyertai parti Amanah malam tadi.

Beliau mendakwa, Pas telah mengkhianati perjuangan rakyat dan oleh itu baginya Amanah adalah wadah baharu untuk beliau meneruskan perjuangan tersebut.

"Anda tuduh barisan ini (Amanah) pengkhianat tapi pemimpin Pas yang khianat rakyat," katanya dalam majlis Makan Malam Merdeka di restoran My Taste, Cyberjaya di sini, malam tadi.‎

Antara yang hadir dalam majlis itu Presiden Amanah Mohamad Sabu,Timbalan Presiden Salahuddin Ayub, kepimpinan tertinggi Amanah seluruh negeri, pimpinan DAP dan lain-lain.
Powered by Blogger.