F Saya Bakal Dapat 'Anak Segera' - Ana Dahlia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Saya Bakal Dapat 'Anak Segera' - Ana Dahlia

Pelakon, Ana Dahlia telah mengikat tali pertunangan dengan Ashraf yang juga anak pengarah, Datuk Jurey Latiff Rosli, pada 30 Julai lalu.

Majlis dalam suasana sderhana tapi meriah itu diadakan di kampung halaman keluarga Ana di Taiping, Perak, dengan dihadiri kira-kira 100 tetamu membabitkan keluarga kedua-dua pihak.

Memetik laporan BH online, Ana berkata, majlis pertunangan itu dilangsungkan pada saat akhir, namun tetap berjalan lancar.

"Asalnya hendak diadakan acara merisik sahaja. Tetapi, tiba-tiba ia bertukar menjadi majlis bertunang.

"Keputusan untuk bertunang dibuat tidak sampai seminggu dengan acara sebenar. Kebetulan, ia dilangsungkan dalam bulan Syawal yang penuh berkat.

"Persiapan pun dibuat serta-merta termasuk mencari pelamin, katering dan kanopi. Malah pereka fesyen Ari Wedding Couture juga bersedia untuk menyiapkan pakaian bertunang pada minit akhir. Hanya ada pemanis daripada kedua-dua keluarga dan cincin tanda," katanya.

Mengenai tunangnya, Ana memberitahu dia mula mengenali Ashraf sejak setahun lalu. Produksi milik Jurey Latiff menjadi saksi yang memutik bibit perkenalan seterusnya percintaan mereka. Kedua-duanya berusia awal 30-an.

Ashraf sebelum ini pernah berjinak-jinak dalam dunia pengarahan mengikuti jejak bapanya. Bagaimanapun dia turut memberi tumpuan kepada kerja penyuntingan sebelum kembali mengarah kini. Pasangan ini merancang untuk menamatkan zaman solo sama ada pada hujung Ogos atau awal September ini.

"Perkahwinan ini nanti akan menjadi yang kedua buat kami. Saya sendiri pernah berkahwin sekitar enam tahun lalu. Dia juga bergelar duda dan mempunyai tiga anak. Ibaratnya saya akan dapat anak segera tak lama lagi.

"Cuma setakat ini belum ada tarikh tepat kami akan berkahwin kerana bakal suami dan bapanya sibuk dengan kerja mengarah. Saya kini pun berehat daripada lakonan dan dapat memberi tumpuan penuh untuk kerja persiapan kahwin," katanya.
Powered by Blogger.