F Sanggup tinggalkan isteri, kahwini ibu mertua | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Sanggup tinggalkan isteri, kahwini ibu mertua

Seorang lelaki berusia 22 tahun sanggup meninggalkan isteri dan mengahwini ibu mertua yang 20 tahun lebih tua daripadanya.

Gara-gara mabuk cinta, Suraj Mohar dan Asha Devi, 42, bukan sahaja sanggup meninggalkan pasangan masing-masing untuk bersama, malah mereka sanggup berkahwin meskipun mendapat tentangan keras daripada penduduk di kampung mereka.

Memetik laporan portal antarabangsa, Daily Mail.uk, pasangan itu dikatakan jatuh cinta sejak Mohar yang sakit dijaga oleh Devi di rumah lelaki itu pada tahun lalu.

Apabila Devi pulang ke rumahnya sendiri, Mohar dikatakan sering berhubung dengan ibu mertuanya ibu menerusi telefon, selain turut datang ke rumah menjenguk wanita tersebut.

Hubungan terlarang mereka akhirnya diketahui isteri Mohar dan ayah mertuanya.

Isteri Mohar, Lalita dikatakan memberi amaran kepada ibunya untuk menjauhkan diri daripada Mohar, bagaimanapun kata-kata Lalita tidak diendahkan.

Meskipun menentang keras hubungan Mohar dan Devi, keduanya tidak dapat menghalang hubungan tersebut daripada diteruskan.

Mereka akhirnya berpisah dengan pasangan masing-masing dan dilaporkan kahwin lari setelah mendapat tentangan daripada penduduk kampung itu.

Bagaimanapun, setelah dua bulan berkahwin, pasangan tersebut dilaporkan menyesal dengan hubungan tersebut dan mengakui kesilapan masing-masing.

Kata Mohar, setelah berkahwin dengan Devi, dia tidak boleh menganggap wanita itu sebagai isterinya, sebaliknya Devi hanya mampu dianggap sebagai ibu.

Kesilapan tersebut turut diakui oleh Devi yang juga hanya menganggapnya sebagai menantu.

“Saya anggap dia (Devi) sebagai ibu mertua, tidak boleh beranggapan dan melayannya sebagai isteri saya. Selepas ini saya akan memujuk kembali Lalita kembali ke pangkuan saya,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

Keduanya dilaporkan memfailkan perceraian mereka di mahkamah sebelum cuba kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.
Powered by Blogger.