Berita Terkini
recent

Salwa Lebih Berhati-Hati Selepas Ditipu

Insiden pernah ditipu bekas teman lelaki yang rupa-rupanya berstatus suami orang tidak menutup pintu hati penyanyi Salwa Razak, 31, untuk bercinta lagi.

Mengakui dirinya kini rapat dengan seorang ahli perniagaan warga Singapura, bagaimanapun Salwa berkata, pengalaman lalu membuatkannya lebih berhati-hati dalam menjalinkan perhubungan, selain melakukan beberapa ujian tanpa disedari lelaki berkenaan.

"Hendak dikata kami pasangan bercinta, tidak juga. Tetapi, kami kini memang sedang mengenali diri masing-masing dengan lebih rapat lagi.

"Sejak kes ditipu dulu, saya memang lebih berhati-hati. Adalah juga beberapa ujian saya lakukan tanpa disedarinya. Bukannya apa, saya tidak mahu menjalinkan hubungan dengan suami orang atau mengambil hak sesiapa," katanya seperti yang dilaporkan BH online.

Bagaimanapun, Salwa berkata, dia tidak mahu terlalu memikirkan hala tuju perhubungan itu kerana risau sekiranya jodoh tidak kesampaian. Malah, dia juga enggan mendedahkan identiti dan wajah lelaki terbabit kepada umum.

Mengenai perkembangan kerjaya seni, Salwa kini bergiat aktif di bidang peragaan selain berlakon dan menyanyi.

Terbaharu, drama lakonannya, Singgahsana Cinta, kini disiarkan di RTM1 pada setiap Khamis dan Jumaat, jam 9 malam.

"Selain itu saya juga membuat kerja separuh masa bersama sebuah syarikat yang terbabit dalam pencarian penajaan. Pada masa sama, saya membantu keluarga menjalankan perniagaan ikan pekasam," katanya.

Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.