F Saharul Ridzwan sah kahwin 16 September | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Saharul Ridzwan sah kahwin 16 September

Teka-teki tarikh perkahwinan pelakon popular Saharul Ridzwan kini telah terjawab apabila telah tersebar kad jemputan kahwinnya.

Saharul bakal menamatkan zaman solo dengan pasangannya Deena Emir pada 16 September depan. Menerusi kad jemputan itu, majlis perkahwinan akan diadakan di dewan Seri Siantan, Presint 3, Putrajaya.

Hero drama ini dan pasangannya sudah berkenalan sejak sebelum aktor itu terlibat dalam dunia hiburan lagi. Pun begitu, hubungan mereka pernah putus di tengah jalan.

Itulah yang dinamakan kalau jodoh tidak ke mana, gaduh macam mana sekalipun tetap akan berbaik semula. Tahniah kepada bakal pengantin Saharul dan Deena, semoga segala persiapan majlis berjalan lancar.
Powered by Blogger.