F Saharul Ridzwan dedah sebab utama pilih bakal isteri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Saharul Ridzwan dedah sebab utama pilih bakal isteri

Sebentar tadi bintang popular Saharul Ridzwan dengan rasminya telah mengesahkan berita perkahwinannya dengan pilihan hati, Qaabila Deena Emir yang bakal berlangsung pada 16 September depan.

"Dengan ini saya berbesar hati memaklumkan bahawa kad jemputan kahwin yang sebelum ini sudah tersebar luas adalah benar. Jadi sidang pada hari ini juga secara rasminya dari saya sendiri.

"Berkenaan dengan dakwaan saya pernah bertunang sebelum ini adalah tidak benar. Saya tidak pernah bertunang lagi,"ujarnya.

Majlis pernikahan Saharul akan diadakan pada sebelah pagi, manakala resepsi pula pada sebelah petang.

Seterusnya, Saharul lebih selesa untuk merahsiakan jumlah wang hantaran sebagai peribadi.

Mengenai dulang hantaran pula adalah tujuh berbalas lima.

Diajukan persoalan mengenai pilihan hati, ini jawapannya;

"Saya percaya itu adalah jodoh dan dialah yang terbaik. Perkahwinan ini merupakan satu tanggungjawab bersama. Oleh itu saya juga percaya bakal isteri saya mempunyai sikap tersebut. Saya percaya pada tanggungjawab akan menjadikan jodoh kami kekal," jelasnya teruja.

Kakigosip difahamkan persiapan majlis mereka juga hampir siap. Pun begitu, dari segi tajaan, Saharul lebih selesa untuk berusaha demi merasai kesukaran untuk mendirikan rumah tangga.

"Alhamdulillah sekarang ini sudah 90% hampir siap. Bagaimanapun, tajaan hanya kepada pelamin dan fotografi sahaja. Jadi saya nak berkahwin seperti orang biasa, mahu rasa susah bagaimana nak menguruskan perihal perkahwinan," terang Saharul.

Untuk rekod, majlis pernikahan pasangan Saharul dan bakal isteri, Qaabila, akan diadakan secara tertutup dengan dihadiri oleh kedua belah pihak keluarga dan media.

Saharul turut akan mengadakan majlis bersama peminat pada 18 September. Lokasi dan masa akan diberitahu dalam masa terdekat.
Powered by Blogger.