F Saharul Ridzwan adakan majlis resepsi perkahwinan khas untuk peminat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Saharul Ridzwan adakan majlis resepsi perkahwinan khas untuk peminat


Tinggal beberapa minggu lagi menjelang hari bahagia buat pelakon tampan, Saharul Ridzwan bakal bergelar suami kepada suri hati, Qaabila Deena Emir yang bakal berlangsung pada 16 September depan.

Saharul turut merancang untuk mengadakan satu majlis perkahwinan khas sebagai penghargaan buat peminat dan rakan media yang menyokong perjalanan kariernya selama ini.

Baca: SAHARUL RIDZWAN DEDAH SEBAB UTAMA PILIH BAKAL ISTERI

"InsyaAllah, saya merancang untuk mengadakan dua majlis di mana majlis pertama akan berlangsung di Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrajaya yang akan dihadiri oleh keluarga dan kenalan terdekat.

"Manakala satu lagi majlis resepsi kahwin untuk peminat dan rakan media pula akan diberitahu kelak," ujarnya.

Terdahulu, Kakigosip difahamkan oleh Saharul sendiri, aktor itu hanya mendapat tajaan pelamin dan fotografi sahaja, tapi nampaknya ada perancangan untuk majlis khas ini, mesti ada tajaan istimewa juga, betul tak?

Kakigosip ucapkan semoga perancangan untuk mengadakan dua majlis akan berjalan dengan lancar.
Powered by Blogger.