F Ruhainies Sangkal Dakwaan Rancang Kahwini Suami Adira | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ruhainies Sangkal Dakwaan Rancang Kahwini Suami Adira

Tindakan pelakon kontroversi Ruhainies, 24, memuat naik gambar dia sedang memilih barang kemas di sebuah kedai emas jenama terkenal baru-baru ini menimbulkan spekulasi kononnya mempunyai rancangan untuk berumah tangga dengan ahli perniagaan yang digosipkann dengannya iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau dikenali sebagai Datuk Red.

Memetik laporan mStar online, Ruhainies bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut sebaliknya menjelaskan dia memenuhi undangan bagi pihak kedai tersebut sempena majlis sambutan Hari Kebangsaan.

"Gambar yang saya muat naik ketika di kedai Habib Jewels itu kerana saya diundang untuk majlis mereka baru-baru ini dan mereka minta untuk promosikan di laman sosial Instagram saya.

"Ia tiada kaitannya dengan Datuk Red atau siapa-siapa lelaki pun, bukan saya sahaja, malah ramai artis lain yang turut sertai majlis tersebut," ujarnya sekaligus menafikan dakwaan dia merancang untuk berkahwin dengan suami penyanyi Adira Suhaimi itu.

Tambah pelakon Menantu TingTong ini, dia tidak tahu mengapa gambar tersebut dikaitkan dengan ahli perniagaan itu berikutan dia sudah pun menjelaskan keadaan sebenar kontroversi yang mengaitkan lelaki berkenaan.

"Saya tidak tahu kenapa dikaitkan lagi dengan dia (Datuk Red), mereka buat cerita ni tak takut dosa ke?

"Semua sudah reda dan tiada yang komen negatif, saya tidak mahu lepas ni hangat balik cerita-cerita tidak betul seperti ini," ujarnya.

Sementara itu, Ruhainies menambah, dia juga tidak mempunyai hubungan cinta dengan mana-mana lelaki termasuk pelakon gandingannya dalam Menantu TingTong iaitu Azrel Ismail.

Powered by Blogger.