F Rossa Sudah Bernikah Dengan Kerabat? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Rossa Sudah Bernikah Dengan Kerabat?

Diva terkenal kelahiran Seberang, Datuk Rossa, 37, didakwa sudah berkahwin dengan kerabat diraja Pahang.

Ruangan pojok sebuah akhbar tempatan menyebut, satu sumber mendakwa ternampak penyanyi itu mesra bersama kerabat itu di satu hotel terkemuka di Sarawak, baru-baru ini.

Penyanyi itu berada di sana untuk bercuti dengan suaminya. Lebih mengejutkan, suaminya itu dipercayai kerabat diraja.

Kalau betul dakwaan itu, tentunya ia satu berita gembira buat semua peminat kerana Rossa memang tidak asing di negara kita.

Penyanyi yang popular dengan lagu Ayat-ayat Cinta itu memang sering ke Malaysia menjayakan undangan persembahan. Malah beliau diketahui memang mempunyai hubungan baik dengan kerabat diraja Pahang.

Bagaimanapun setakat ini belum ada sebarang kenyataan daripada empunya badan mengesahkan berita tersebut.
Powered by Blogger.