F Rosnani Jamil impikan Fazura dalam filem terakhirnya | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Rosnani Jamil impikan Fazura dalam filem terakhirnya

Meskipun filem Mawar Putih merupakan karya terakhir seniwati tanah air Malaysia, Dato Hajah Rosnani Jamil berkata, pada awalnya dia berharap agar pelakon Fazura dapat membawakan watak utama dalam filem tersebut.

Bagaimanapun, Rosnani Jamil yang lebih mesra disapa dengan panggilan Mak Nani mengulas lanjut, Fazura tidak dapat menerima tawaran yang diberikan kerana jadual aktres itu padat sepanjang tahun ini.

"Sewaktu saya menulis skrip, saya telah membayangkan pelakon Fazura adalah orangnya yang dapat membawakan watak utama, namun saya dimaklumkan oleh pengurusnya, jadual Fazura sibuk sepanjang tahun ini.

"Walaupun terkilan kerana Fazura tidak dapat melakonkan watak tersebut, hadirnya pelakon baru Reen Rahim telah membuatkan saya begitu terharu. Ini kerana Reen telah menunjukkan sikapnya yang bersungguh-sungguh dan berdisiplin tinggi untuk menggalas watak utama, Tengku Zarina," ujarnya yang menyatakan 90% berpuas hati terhadap lakonan Reen.

Diajukan persoalan mengapakah filem Mawar Putih merupakan sentuhan terakhirnya, Mak Nani menerangkan, ini kerana faktor usia dan kesihatan serta keluarga yang membuatkan Mak Nani mengundurkan diri dari cabang seni hiburan.

"Filem Mawar Putih sebagai pembuka arahan saya, justeru saya menutup perjalanan karier dalam cabang anak wayang dengan filem Mawar Putih. Saya sudah puas dan filem terakhir ini sebagai hadiah penghargaan kepada semua orang yang mengikuti dan menyokong perkembangan kerjaya seni saya.

"Selain itu, antara faktor lain pula seperti, usia yang sudah menjengah 80 tahun, jadi sudah tiba masanya untuk berehat jaga kesihatan. Tambahan lagi, keluarga saya juga sudah tidak mengizinkan," katanya yang ditemui pada majlis pra-tonton Filem Mawar Putih.

Filem itu akan menemui penonton bermula 18 Ogos 2016. Antara barisan artis yang menjayakan filem itu seperti Reen Rahim, Arja Lee, Triestan Aprillian, Adli Eddynoor, Dato A.Tamimi Siregar, Herdawatie, Aliff Razali dan Syanie.
Powered by Blogger.