F Ratu Remaja AS Dimaafkan, Dapat 'Restu' Simpan Mahkota | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ratu Remaja AS Dimaafkan, Dapat 'Restu' Simpan Mahkota

Pemenang pertandingan Ratu Remaja Amerika Syarikat (AS) dibenarkan menyimpan mahkota kejuaraannya walaupun dibantah berhubung Tweet yang pernah ditulis menggunakan bahasa berunsurkan perkauman.

Pertubuhan Ratu Universe yang memiliki pertandingan itu mengeluarkan kenyataan semalam yang mengecam tulisan Karlie Hay dalam akaun Twitter tetapi turut 'menyokong proses kematangannya.'

Selepas dinobatkan sebagai pemenang pada malam Sabtu di Las Vegas, pengguna media sosial menemui tweet mengandungi perkataan 'N' yang dikaitkan dengan akaun Hay.

Imej empat tweet daripada tahun 2013 dan 2014 menjadi viral di online.

Pegawai pertandingan yang merujuk kepada permohonan maaf Hay yang disiarkan di Twitter dan Instagram, berkata gadis berusia 18 tahun itu mengharungi masalah peribadi dan menyesal dengan kata-katanya.

Hay, yang berasal dari Tomball, Texas, berkata akan menggunakan kemenangannya untuk memberi sokongan kepada mangsa salah guna dadah dan alkohol.
Powered by Blogger.