F Rancang Lamar Katy Perry Sebelum Hujung Tahun | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Rancang Lamar Katy Perry Sebelum Hujung Tahun

Hubungan asmara antara aktor Orlando Bloom dan penyanyi Katy Perry sudah terjalin sejak awal 2016 lalu bukan lagi rahsia.

Terkini, pelakon berusia 39 tahun itu khabarnya ingin segera melamar Katy.

Menurut sumber, hubungan Orlando dan Katy sudah semakin malah mereka sudah bersedia membawa fasa hubungan mereka ke peringkat seterusnya.

"Mereka sangat bahagia. Orlando ingin segera bertunang dengan Katy sebelum akhir tahun ini," ungkap sumber seperti yang dilaporkan E! Online

Orlando dikatakan terbuka hati dan merancang untuk melamar Katy, selepas bekas isterinya iaitu Miranda Kerr, dikhabarkan bertunang dengan kekasihnya, Evan Spiegel.

Bagaimanapun sumber yang sama menegaskan, keinginan Orlando untuk segera mengikat tali pertunangan sama sekali tiada kena mengena dengan hubungannya mahupun keputusan Miranda.

"Orlando sudah sepenuhnya melupakan Miranda. Sekarang, dia sudah siap untuk memulai hidupnya dengan Katy," beritahu sumber itu lagi.
Powered by Blogger.