F Raja Ilya Harap Kekasih Terbuka Hati Mahu Peluk Islam | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Raja Ilya Harap Kekasih Terbuka Hati Mahu Peluk Islam

Menjalin hubungan cinta dengan seorang pemuda Inggeris warga Australia sejak tiga tahun lalu, aktres Raja Ilya, 31, berharap kekasihnya itu terbuka hati untuk memeluk agama Islam.

Menurutnya, biarpun belum memikirkan soal perkahwinan, namun jauh di sudut hatinya mengharapkan hubungan tersebut akan berkekalan.

"Biarpun masih belum memikirkan untuk menoktahkan hubungan itu dengan satu ikatan sah, namun saya tetap berdoa agar suatu hari nanti pintu hatinya terbuka untuk menerima agama Islam sebagai agamanya.

"Ia adalah cabaran dalam hubungan cinta kami dan andai kata pada akhirnya isu agama yang akan jadi penghalang cinta kami, saya sedia undur," katanya seperti yang dilaporkan mStar online.

Hubungan tersebut sudah diketahui oleh keluarga kedua-dua belah pihak tanpa membangkitkan soal agama.

Tambahnya, dia hanya berpeluang berjumpa lelaki tersebut empat kali dalam tempoh tiga tahun hubungan mereka.

"Keluarga dia kuat agama, namun dia juga belajar banyak perkara tentang agama Islam. Buat masa ini keluarga kami tiada masalah tapi belum membincangkan secara mendalam jika hubungan ini akan ke fasa seterusnya.

"Walaupun kami jarang bertemu tapi hampir setiap hari kami akan berkomunikasi menerusi video skype dan itu sudah cukup membahagiakan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Raja Ilya yang dicalonkan menerusi kategori Pelakon Baharu Wanita Terbaik menerusi filem Suamiku En Perfect 10 mengakui terkejut tercalon dalam kategori itu.
Powered by Blogger.