F Raja Farah & Suami Selamat Timang Cahaya Mata Sulung | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Raja Farah & Suami Selamat Timang Cahaya Mata Sulung

Pengacara dan pelakon Raja Farah selamat melahirkan cahaya mata pertama pada 10 Ogos lalu.

Berita berita gembira tersebut dikongsian sendiri oleh personaliti TV Al-Hijrah ini menerusi akaun Instagramnya.

Farah memberitahu dia bersalin secara normal dan melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.16kg.

"Assalamualaikum semua, syukur Alhamdulillah kami nak umumkan secara rasminya, Farah dah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.16kg, jam 3:35 pagi, bertarikh 10 Ogos 2016 secara normal.

Syukur kehadrat Allah s.w.t. diatas anugerah ini. Terima kasih utk semua doa2 & kata2 sokongan dari semua kawan-kawan dan peminat,” tulisnya di Instagram.

Perkhabaran berita gembira itu sekaligus mendapat respon baik dari semua peminat beliau yang sudah lama menantikan kedatangan cahaya mata pertama pasangan ini.

Malah ruangan komen juga dibanjiri dengan ucapan tahniah dari semua peminat beliau, selain itu ada juga di antaranya sudah tidak sabar lagi ingin melihat wajah bayi comel mereka itu nanti.

Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 27, memndirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Iskandar Ismail, 33, pada 6 September 2015.
Powered by Blogger.