F Raja Ema Kembali Berhijab, Masih Terima Watak Antagonis | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Raja Ema Kembali Berhijab, Masih Terima Watak Antagonis

Pernah tampil dengan imej bertudung beberapa tahun lalu, pelakon dan penyanyi Raja Ema, 48, berharap percubaan menutup aurat kali ini berkekalan.

Menyedari tawaran lakonan mungkin berkurangan selepas ini, Raja Ema sudah bersedia berdepan cabaran itu termasuk kritikan orang sekeliling.

Bagaimanapun, sekiranya rezekinya terus murah, penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Jejaka Idaman itu berharap masih berpeluang melakonkan watak antagonis.

"Apabila sudah bertudung, watak diberikan juga perlu sesuai dengan penampilan. Namun, saya suka berlakon sebagai wanita jahat kerana watak seperti itu lebih menonjol. Kalau watak baik pula, saya perlu menangis," katanya.

Menurutnya, dia baru selesai penggambaran drama 26 episod Meh Sandar Pada Aku untuk stesen TV3 dan watak dilakonkannya adalah antagonis.
Powered by Blogger.