F Pukul Mesti Ada Sebab | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pukul Mesti Ada Sebab

Baru-baru ini, timbul satu desas-desus mengatakan seorang pelakon lelaki bertindak memukul teman wanitanya. Bukan sekali dua cerita itu berdendang riuh, sudah banyak kali gosip sama berlegar hangat dan nama Sharnaaz Ahmad dikaitkan dengan isu tersebut.



Tidak menafikan mahupun mengiakan perkara itu, Sharnaaz bagaimanapun berkata,

"Kenapa kita asyik kecoh apabila seorang lelaki memukul wanita? Kenapa tidak soalan sama ditanya apabila wanita memukul lelaki. Saya rasa, mesti ada sebab lelaki itu memukul wanita tersebut.

"Takkan dia saja-saja nak pukul teman wanitanya. Ada alasan kukuh bila seorang lelaki bertindak sedemikian. Tapi saya tidak cakap pukul wanita itu tindakan yang betul, salah tetap salah. Cuma mesti ada sebab," tuturnya seperti yang dilaporkan Utusan online.

“Macam inilah, lelaki pukul perempuan itu salah. Namun, kalau ditanya kenapa dia bertindak sedemikian, mesti lelaki tersebut hanya mendiamkan diri. Takkan dia mahu buka aib dan salah teman wanitanya.

“Lagipun, pukul-pukul manja sahaja. Tidak sama seperti memukul lelaki. Kalau pukul betul-betul, mahu pengsan sehari perempuan itu. Kata orang, pukul berlapik,” jelasnya lagi.

Sharnaaz menjalinkan hubungan cinta dengan wanita dikenali sebagai Noor Nabila yang merupakan kakak kepada pelakon dan pengacara popular, Neelofa.
Powered by Blogger.