F Produk Laris, Kelantan 'Lubuk Rezeki' Che Tah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Produk Laris, Kelantan 'Lubuk Rezeki' Che Tah

Selebriti popular, Rozita Che Wan atau Che Ta menyifatkan Kelantan sebagai 'lubuk rezekinya' apabila jualan produk kesihatan dan kecantikan wanita diusahakannya mendapat sambutan menggalakkan penduduk negeri tersebut.

Malah, pelakon cantik berusia 43 tahun itu turut berhasrat mengembangkan perniagaannya termasuk menambah lebih banyak stokis bagi menampung permintaan tinggi pembeli.

Lebih dikenali sebagai Che Ta, ibu kepada tiga anak itu sudah memperkenalkan jus penjagaan dalaman wanita, rangkaian minyak wangi Precious dan Gorgeous yang semuanya di bawah label byRCW.

"Saya memang sibuk menguruskan perniagaan ketika ini dan berhasrat mengembangkannya lagi berikutan permintaan tinggi pelanggan terutama di negeri ini.

"Kita ada stokis di Kota Bharu dan sentiasa melakukan promosi kerana Kelantan mempunyai kuasa beli pengguna yang sangat bagus walaupun banyak saingan dengan produk lain.

"Pasaran di Kelantan sama naik dengan Kuala Lumpur. Memang bagus jualan produk saya di sini, selain Kedah dan johor,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Che Ta juga memberitahu, pihaknya sedang merancang memperkenalkan produk terbaru dalam masa terdekat ini, wanita itu turut dibantu suami Zain Saidin dan ahli keluarga untuk membangunkan perniagaan mereka.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, program Teh Tarik Che Ta yang kini sudah memasuki musim kedua terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) adalah satu rancangan yang mengetengahkan nostalgia artis era 80an.
Powered by Blogger.