F Pra-perkahwinan Amyra Rosli & Amar di Cardiff | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pra-perkahwinan Amyra Rosli & Amar di Cardiff

Pasangan sama cantik sama padan, Amar Baharin dan Amyra Rosli yang bakal bergelar Raja Sehari pada 11 November ini serta disusuli majlis resepsi pada 12 dan 19 November depan, dengarnya akan ke luar negara untuk merakamkan foto pra-perkahwinan mereka.

"Sebenarnya mereka ke Cardiff untuk berkerja bagi penggambaran drama terbitan Pena Kreatif berjudul Cinta Di Langit Cardiff, jadi alang-alang sudah ke sana, kita cubalah aturkan masa untuk photoshoot pre-wedding.  Simple-simple sahaja, ikut masa yang terhad," ujar Mama Amyra ramah.

Kakigosip berkesempatan menemubual Amyra mengenai kehidupan sekarang sebelum berumah tangga nanti.

“Masih seperti biasa,  baru sahaja bertunang, belum lagi sebagai suami dan isteri. Cuma seronoknya bila dah bertunang dan bila keluar pun tak perlu lagi bersorok-sorok. Namun, dari segi hubungan kerja dan sekarang seperti biasa sahaja,” ujarnya.

Diajukan persoalan tentang persiapan majlis mereka pula, Amyra mengakui dia dan Amar masing-masing agak sibuk, dan agak risau sedikit mengenai persiapan.  Namun perasaan bimbang mereka itu diringankan oleh ibu Amyra, Noor Zaridah Ahmad.

“Persiapan perkahwinan dalam 40% diurus oleh mama, kami masing-masing sibuk. Tambah pula saya dan Amar akan ke Cardiff tidak lama lagi. Tapi tak apalah ini mungkin dugaan bersama untuk kami bersabar,” katanya ringkas.
Powered by Blogger.