F Polis Buru Pengadu Kes Serangan Seksual Park Yoochun | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Polis Buru Pengadu Kes Serangan Seksual Park Yoochun

PIHAK polis sedang memburu pengadu kes serangan seksual melibatkan pelakon Park Yoochun yang dikenali sebagai A bagi membantu siasatan.

Soompi melaporkan pihak berkuasa juga sedang mencari teman lelaki A dan sepupu wanita berkenaan ekoran dakwaan melakukan peras ugut terhadap Yoochun.

Balai Polis Gangnam dalam satu kenyataan berkata, kes melibatkan tiga individu berkenaan adalah serius dan pihak polis sudah pun mendapat tawaran tangkap terhadap mereka.

Terdahulu, nama Youchun panas apabila wanita berkenaan mendakwa dia dicabul oleh pelakon itu sebelum menarik balik laporan polis yang dibuat.

Kes itu bertambah panas apabila tiga lagi wanita tampil dengan dakwaan sama namun kesemua dakwaan terhadap Youchun digugurkan.
Powered by Blogger.