F PM Norway dilanda terjebak permainan Pokemon Go | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

PM Norway dilanda terjebak permainan Pokemon Go


Demam Pokemon Go semakin menjadi-jadi di seluruh dunia. Bukan sahaja di kalangan orang biasa malah golongan elit juga tidak terkecuali turut dilanda sindrom permainan ini.

Terbaru Perdana Menteri Norway, Erna Solberg dilaporkan sanggup mengambil cuti daripada tugas rasminya minggu ini di Bratislava semata-mata untuk memburu Pokemon di bandar lama, Slovak.

Perkara ini menjadi perhatian apabila sebuah rakaman video menunjukkan dia sedang bersiar-siar di sekitar bandar sambil matanya tertumpu pada telefon pintar disiarkan. Perkara tersebut dilakukan ketika dia mempunyai masa terluang antara dua mesyuarat pada minggu lalu. Rakaman turut menyaksikan Solberg juga ditemani pengawal peribadi, pegawai kanan dan kru televisyen ketika itu.

Pemimpin konservatif berusia 55 tahun itu memberitahu sebuah saluran TV, ketika memburu raksasa Pokemon Go, dia cuba menetaskan telur bagi mendapatkan Pokemon yang jarang ditemui dan ia memerlukan pemain berjalan sejauh 10 kilometer.

Solberg yang sebelum ini turut meminati permainan Candy Crush berkata, dia terpesona dengan Pokemon Go walaupun sebelum ini memberitahu tidak akan bermain permainan itu.

“Saya dicabar saudara perempuan saya yang menemui raksasa Pokemon Go di beranda rumah,” katanya kepada akhbar harian, Aftenposten.
Powered by Blogger.