F PM Australia beri sedekah cetus kontroversi | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

PM Australia beri sedekah cetus kontroversi

Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull terpaksa mempertahankan diri gara-gara memberi sedekah sebanyak  AS$5 (RM15.30) kepada seorang pengemis di tepi jalan di Melbourne, kerana disifatkan memberi galakan kepada pertambahan golongan gelandangan.

Memetik laporan Xinhua melaporkan tindakan itu, juga dipandang serong kerana nilai yang diberi terlalu sedikit untuk disumbangkan oleh seorang perdana menteri.

"Turnbull bersikap terlalu kedekut," ujar salah seorang pengkritik tersebut.

Dalam pada itu ada juga segelintir yang memuji kemurahan hati Turnbull.

Dalam responnya, Turnbull berkata tindakannya itu adalah reaksi spontan mengikut naluri kemanusian serta tidak berniat menggalakkan pertambahan gelandangan di negara berkenaan.

"Saya tahu setiap orang mempunyai pandangan berbeza terhadap situasi ini. Namun setiap kali saya lihat orang miskin, saya berfikir berapa beruntungnya saya.

"Itu adalah reaksi biasa dan saya minta maaf jika telah mengecewakan hati ramai orang, mungkin mereka beranggapan anda tidak patut memberikan wang kepada golongan yang duduk di tepi jalan atau kaki lima," lapor akhbar tempatan Fairfaq media yang memetik kenyataan Turnbull.

Sebelum ini Datuk Bandar Melbourne, Robert Doyle menyuarakan kebimbangan terhadap golongan gelandangan, dia juga melarang kepada orang ramai untuk memberi sedekah kepada golongan itu bagi mengurangkan bilangan mereka di bandar raya itu.
Powered by Blogger.