Berita Terkini
recent

Pil Palsu Dijumpai Dalam Rumah Mendiang Prince

Pendedahan sebahagian pil yang ditemui di kediaman dan studio milik mendiang Prince di Paisley Park adalah palsu dan mengandungi fentanyl opioid kuat menunjukkan penyanyi dan pemuzik itu memperolehnya secara haram.

Namun bagaimana Prince memperoleh ubat itu masih belum diketahui, empat bulan selepas beliau pitam dalam lif pada 21 April lalu dan meninggal dunia akibat pengambilan fentanyl berlebihan.

Pihak berkuasa, setakat ini tidak mendedahkan secara lanjut mengenai siasatan mereka. Namun bekas pendakwa dan peguam yang tahu mengenai siasatan berkata, berkemungkinan seseorang akan didakwa, sama ada Prince mengetahui atau tidak beliau mengambil ubat terlarang.

"Mereka tidak akan berkata ia adalah salah Prince dan membiarkan saja perkara itu," kata bekas pendakwa persekutuan di Chicago, Phil Turner.

Pegawai yang tahu mengenai siasatan itu memberitahu beberapa pil yang ditemui di Paisley Park sengaja dilabelkan sebagai penahan sakit biasa yang sama dengan Vicodin tetapi sebenarnya mengandungi fentanyl.

Katanya, rekod juga menunjukkan Prince tidak mempunyai preskripsi bagi sebarang bahan terkawal di Minnesota dalam masa 12 bulan. Satu-satunya cara memperoleh fentanyl, opioid sintetik yang 50 kali lebih kuat berbanding heroin, adalah menerusi preskrip sah atau secara haram dari pasaran gelap, kata peguam Minnesota, Joe Tamburino.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.