Berita Terkini
recent

Pikachu Curi Tumpuan di New Orleans

Ketika kegilaan terhadap watak maya Pokemon Go dalam permainan berasaskan telefon pintar, kini patung Pikachu tiba-tiba muncul dan menarik perhatian di New Orleans.

Minggu lalu, seseorang meletakkan patung ikonik Pokemon, Pikachu, di tengah pancuran air pecah di sebuah taman di sini.

Patung Pikachu itu dengan tangan dilipat, berdiri di atas tapak simen dengan Pokeball di sebelahnya.

Tulisan 'POKEMONUMENT' tertulis pada simen itu. Ramai peminat Pokemon menghantar gambar selfie dengan patung itu di media sosial, termasuk yang memakai kostum Pikachu.

Polis New Orleans memberitahu ABC News, mereka tidak bercadang untuk mengalihkan patung itu.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.