F Penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan meninggal dunia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan meninggal dunia

PENYANYI yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Indonesian Idol 2, Mike Mohede telah meninggal dunia, 31 Julai lalu pada usia 33 tahun.

Menerusi laman portal Tribunnews.com yang memetik kenyataan pengurus Mike, Indra, Mike ditemui meninggal dunia dalam keadaan masih tidur.

Namun, sehingga kini, doktor masih belum memberitahu punca kematian Mike.

Pemergian Mike begitu mendadak hingga timbul pelbagai spekulasi Mike menderita serangan jantung.

“Saya melihat muka Mike lain macam ketika dia masih tidur. Saya panik dan tidak tahu nak buat macam mana dan terus membawanya ke hospital.

“Beberapa kali cuba memanggilnya, tetapi tidak ada respons. Wajahnya semakin membiru. Tiada apa yang saya dapat bantu lagi kerana dia meninggal dunia pada ketika itu juga,” kata Indra.

Mike merupakan juara program realiti Indonesian Idol musim kedua pada 2005. Dalam musim itu juga, Mike turut mengalahkan Judika.

Berita kehilangan Mike ini mengejutkan peminatnya memandangkan Mike antara penyanyi muda yang mempunyai ratusan ribu peminat setianya.

Antara penglibatan terbesarnya adalah mewakili Indonesia untuk Asia Idol bersaing bersama Jaclyn Victor dari Malaysia serta beberapa peserta dari negara Asia Tenggara.

Mike pernah muncul dengan tiga album solo dan satu album kompilasi antaranya Mike (2005), Kemenanganku (2010), Kedua (2015) dan kompilasi Seri Cinta (2005).
Powered by Blogger.