Penyanyi Rap Terkenal Mengamuk Gara-gara Ditinggal Pesawat

Penyanyi rap antarabangsa, Vanilla Ice menarik perhatian selepas video menunjukkan dirinya mengamuk di sebuah lapangan terbang tersebar di laman YouTube.

Vanilla Ice yang menempah penerbangan Delta Airlines ke Nebraska untuk menghadiri satu konsert, dirakam memarahi petugas syarikat penerbangan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson, Atlanta.

Dalam video berdurasi 68 saat tersebut, Vanilla Ice dilihat meminta penjelasan bagaimana pesawat itu berlepas tanpa membuat pengumuman terlebih dahulu.

Beliau turut mendakwa sudah lebih sejam menunggu di 'lounge' yang terletak berdekatan dengan kaunter syarikat penerbangan itu namun tidak mendengar sebarang pengumuman.



Dia yang cukup terkenal dengan lagu Ice, Ice, Baby pada tahun 1990-an turut mempersoalkan mengapa tiada petugas datang bertanya jika dia akan mengambil penerbangan tersebut.

Vanilla Ice telah membuat permohonan maaf atas perlakuannya menerusi laman Twitter.

Menurutnya, apa yang berlaku adalah kerana kegagalan mengawal dirinya akibat kurang tidur dan pengambilan kafein yang berlebihan.


Penyanyi Rap Terkenal Mengamuk Gara-gara Ditinggal Pesawat Penyanyi Rap Terkenal Mengamuk Gara-gara Ditinggal Pesawat Reviewed by Kakigosip on 05:45:00 Rating: 5
Powered by Blogger.