F Penyanyi Lombok cipta lagu untuk Ziana Zain | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Penyanyi Lombok cipta lagu untuk Ziana Zain


Untung Ziana Zain kerana komposer dan juga penyanyi muda dari Lombok, Rizal  Badila telah menghadiahkan sebuah lagu ciptaannya berjudul Tertipu kepada penyanyi terkenal tersebut.

Terdahulu, Ziana dan kelab peminatnya iaitu Zianafolks telah pergi bercuti di pusat pelancongan terkenal tersebut pada pertengahan tahun baru-baru ini.

"Mengambil masa hanya dua hari sahaja untuk menyiapkan lagu itu. Saya mendapat khabar dari rakan terdekat iaitu penyanyi Azharina, katanya penyanyi nombor satu Malaysia akan bercuti ke Lombok. Jadi, bila dapat tahu yang nak datang itu namanya Ziana Zain, saya cepat-cepat buatkan lagu untuknya.

"Dalam perancangan lain saya juga mahu berduet dengan penyanyi Azharina dan pada masa yang sama dalam tempoh terdekat ini akan mengeluarkan album.

"Setakat ini sudah tujuh buah lagu sudah siap. Oleh itu bila album sudah keluar, saya berharap penyanyi di Malaysia juga dapat menerima," ujarnya ketika dihubungi baru-baru ini.

Wah hebat betul penangan Ziana Zain sampai ke Lombok pun ada komposer yang minat. Buat pendatang baru Rizal Badila, selamat maju jaya di dalam industri seni hiburan.
Powered by Blogger.