F Pengikut IG Sudah 15.1 juta, Ayu Ting Ting Serba Salah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pengikut IG Sudah 15.1 juta, Ayu Ting Ting Serba Salah

Serba salah, itu yang dirasakan penyanyi dangdut, Ayu Ting Ting, terhadap para pengikutnya di laman sosial Instagram yang kini sudah mencecah seramai 15.1 juta pengikut.

"(Kalau) Saya nanti dianggap beli follower. Saya rasa pasti ada yang mengatakan begitu. Apa yang saya lakukan selalu membuatkan saya berasa serba salah," tuturnya seperti yang dilaporkan Kapanlagi.com.

Ternyata janda anak satu ini sedang di dalam dilema kerana bimbang kalau-kalau dia dianggap membeli pengikut.

"Jujur, yang wujudkan Instagram itu adalah bekas pembantu saya. Saya tidak pernah terfikir akan mempunyai follower yang ramai. Tetapi saya bersyukur kerana media sosial sangat membantu saya misalnya dari segi sebagai duta dan bermacam lagi," katanya ungkapnya.

"Itu rezeki buat saya, dan tidak mungkin saya tolak. Sangat manfaatkan. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada para pengikut Instagram saya," tuturnya.
Powered by Blogger.