F Pelawak Pie meninggal dunia di rumah cucu | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pelawak Pie meninggal dunia di rumah cucu

Takziah Kakigosip ucapkan ke atas keluarga arwah Pie atau nama sebenarnya Shafie Jaafar, difahamkan pelawak veteran Pie telah meninggal dunia kira-kira pada jam 8.50 malam bertempat di kediaman cucunya, di Pulau Pinang, semalam.

Berita itu disahkan oleh Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah menerusi kiriman whatsapp kepada Kakigosip

"Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera, dukacita dimaklumkan bahawa industri hiburan Negara kehilangan seorang lagi pelawak yang sentiasa membuatkan kita ketawa dengan lakonan-lakonan beliau. Al-Fatihah buat arwah Shafie B. Jaafar atau lebih dikenali sebagai Pak Pie.

"Beliau menghembuskan nafas yang terakhir di kediaman cucu beliau di Teluk Bahang Pulau Pinang kira-kira jam 8.50 malam tadi 11 Ogos 2016 pada usia 85 tahun, Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Teluk Bahang dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Teluk Bahang Pulau Pinang. Seniman mengucapkan takziah kepada seluruh kaum keluarga Pak Pie," tulisnya.

Seterusnya menerusi akaun Instagram komposer Ajai turut berkongsi kesedihan atas perkhabaran kematian arwah Pie.

Sama-samalah kita doakan agar rohnya bersemadi bersama golongan orang yang beriman. Alfatihah.
Powered by Blogger.