F Pelakon Star Wars Kenny Baker Meninggal Dunia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pelakon Star Wars Kenny Baker Meninggal Dunia

Pelakon Britain, Kenny Baker yang melakonkan watak robot popular R2-D2 dalam filem Star Wars meninggal dunia semalam pada usia 81 tahun.

Keluarga dan ejennya mengesahkan mayat Baker ditemui anak saudaranya, Drew Myerscough, yang juga penjaganya sejak beberapa tahun lalu. Menurut Myerscough, Baker menghidap masalah pernafasan sejak hampir sedekad lalu.

Baker yang cuma setinggi satu meter memainkan watak robot bijak itu yang terkenal dengan cara berkomunikasi menggunakan bunyi siulan atau bip dalam Star Wars pada 1977 dan lima lagi filem yang menyusulinya.

Pelakon Mark Hamill yang memainkan watak Luke Skywalker dalam tiga filem pertama Star Wars turut mengucapkan selamat tinggal kepada sahabatnya itu di Twitter.

“Dia amat optimistik dan bersemangat tinggi,” katanya dengan memuat naik gambar hitam putih bersama Baker.

Powered by Blogger.