F Pelakon Juvana Idzham Ismail akad nikah 27 Ogos ini | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pelakon Juvana Idzham Ismail akad nikah 27 Ogos ini


Pada 27 Ogos depan, pelakon Juvana iaitu Mohammed Idzham Ismail akan berkahwin dengan seorang pramugari, Siti Nur Abilah Shamsudin atau lebih mesra dipanggil Bella.



Pasangan itu mula rapat sejak setahun lalu dan tidak mengambil masa lama untuk membuat keputusan memulakan hidup baru sebagai suami isteri.

Menurut Idzham,  sudah tibanya masa dia menjadi suami setelah berjumpa seorang wanita yang betul-betul memahami dirinya.



"Kami saling mengenali antara satu sama lain dalam setahun lebih dan serius dalam tempoh setahun juga, kemudian selepas lima bulan kami mula merancang untuk ke fasa berumah tangga. Bakal isteri saya ada ciri-ciri pada dirinya yang saya dapat rasakan memang dialah isteri saya.



"Jadi perasaan saya, alhamdulillah sudah bersedia. Tak nafi juga, adalah rasa gementar sikit. Jika sebelum ini hidup tanpa tanggungan dan sekarang sudah ada dia, jadi bila mana sudah berkahwin tanggungjawab itu lagi besar sebagai suami," ujarnya ketika dihubungi baru-baru ini.


Menurut pelakon itu, hanya satu resepsi sahaja akan diadakan buat kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan.

"Lepas nikah kami akan adakan makan-makan kecil-kecilan dan malam itu pula terus resepsi. Jadi, untuk resepsi kami akan campurkan kedua belah pihak sebab tidak mahu terlalu lama dan banyak kali dibuat, sebab saya lebih pentingkan kewangan selepas berkahwin dan saya jemput teman rapat sahaja," katanya yang juga akan turut menjemput pihak media.

Dalam perkembangan lain, wang hantaran sebanyak RM15,000 akan diserahkan kepada bakal isteri, manakala dulang hantaran pula, lima berbalas tujuh.

Pasangan itu juga akan melangsungkan majlis pernikahan mereka di Masjid Shah Alam dan pada hari yang sama majlis resepsi turut akan diadakan bertempat di Bizmilla Wedding Hall, One City, Subang.
Powered by Blogger.