F Pekin Jawab Isu Tipu Identiti Kekasih | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Pekin Jawab Isu Tipu Identiti Kekasih

Pelakon Pekin Ibrahim menafikan dakwaan segelintir pengguna Internet di laman sosial yang mendakwa dia hanya mereka-reka cerita bercinta dengan seorang gadis berbangsa Inggeris sejak enam bulan lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Pekin menjelaskan, dia dan kekasihnya yang juga model dan pelukis berusia 23 tahun itu juga sudah merancang berkahwin tahun depan.

“Dia sudah memeluk Islam baru-baru ini. Dia memeluk Islam bukan kerana mahu berkahwin dengan saya tetapi atas kerelaannya sendiri,” katanya.

Menurut Pekin, kekasihnya yang dikenali sebagai Iman itu masih terikat dengan kontrak kerja di London sehingga hujung tahun ini.

“Saya pula sedang sibuk dengan projek filem baru. Biar semua urusan selesai baru kami berbincang persiapan perkahwinan,”katanya.

Pekin berkata, ibunya juga sudah bertemu dengan kekasihnya itu dan turut merestui hubungan mereka.
Powered by Blogger.