F PDRM tiada sebab tahan Ananda Krishnan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

PDRM tiada sebab tahan Ananda Krishnan

 Polis tiada sebab untuk menahan tokoh telekomunikasi Tan Sri Ananda Krishnan dan seorang pegawai kanan syarikatnya berhubung kes pengubahan wang haram di India yang dilapor melibatkan seorang bekas menteri telekomunikasi negara itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya tidak boleh membuat sebarang tangkapan tanpa perintah daripada mahkamah negara ini.

"Kami tidak boleh bertindak ke atas waran tangkap kerana tiada perjanjian dari segi undang-undang dengan pihak polis India.

"Memandangkan kes ini berkaitan dengan saman sivil, mereka (India) perlu memohon kebenaran daripada mahkamah di negara ini terlebih dahulu sebelum tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Biro Penyiasatan Pusat India (CBI) yang dilaporkan memohon supaya waran tangkap berkenaan dikeluarkan.

Menurut laporan media, CBI mengemukakan permohonan waran tangkap berkenaan kepada mahkamah khas CBI berikutan saman gagal diserahkan kepada pihak yang dikaitkan dengan kes Aircel-Maxis.
Powered by Blogger.