F Parti baharu: Selamat datang ke gelanggang politik | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Parti baharu: Selamat datang ke gelanggang politik

Kedudukan Umno tidak akan tergugat dengan penubuhan parti politik baharu dan yakin rakyat akan terus memberikan sokongan kepada parti keramat berkenaan.

Demikian kata Pengerusi Umno Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob ketika diminta mengulas hasrat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan parti baharu dan akan menjadi sebahagian komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi BN dalam PRU14.

Menurutnya, sesiapa sahaja boleh menubuhkan parti baharu dan sejarah menunjukkan parti berkenaan agak sukar mendapat tempat di hati rakyat.

"Tapi kita tidak tahu kali ini kerana parti baharu itu ditunjangi nama-nama besar seperti Tun Mahathir sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Jadi kita tidak boleh menjangkakan ia (parti baharu) punya kekuatan. Walau apapun kita mengucapkan selamat datang ke gelanggang politik.

"Parti yang baik akan dapat sokongan rakyat...kalau pepatah orang putih ada kata 'tidak akan meninggalkan kapal' maknanya saya yakin orang Melayu tidak akan meninggalkan kapal mereka, iaitu Umno," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Lipis di Bangunan Umno Lipis di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Umno Bahagian Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad.

Adnan yang juga Menteri Besar Pahang berkata, sebagai parti keramat dan telah bertapak lama di Malaysia, Umno akan teruskan agenda mendekati rakyat.

"Apa juga cabaran yang datang pada kita akan terus diharungi tapi yang penting usaha mendekati rakyat akan terus dilakukan.

"Kita jangan mengata kepada orang lain...pilihan raya sudah hendak dekat, jadi ambil tahu masalah rakyat," katanya.
Powered by Blogger.