F Park Shin Hye Dikritik Kerana Warnakan Kuku Dalam 'Doctors' | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Park Shin Hye Dikritik Kerana Warnakan Kuku Dalam 'Doctors'

PELAKON drama Doctors, Park Shin Hye membuat permohonan maaf menerusi laman Instagaram peribadinya berikutan kritikan penonton yang tidak suka penampilan seorang doktor yang dibawanya dalam drama tersebut.

Park Shin Hye dikecam kerana kukunya dalam drama itu terlalu panjang dan diwarnakan.

Dia secara peribadi memuat naik gambar kuku yang sudah dipotong dan dibersihkan serta permohonan maaf.



"Saya sudah membuang warna dan memotong kuku yang membuatkan penonton rasa kurang senang, saya minta maaf," tulisnya.

Bagaimanapun, dia terus dikecam penonton drama itu kerana dikatakan permohonan maaf tersebut tidak ikhlas.

Wanita itu akhirnya memadam foto dan kapsyen tersebut kerana enggan memanjangkan isu berkenaan.
Powered by Blogger.