F Panas Baran Demi Lindungi Orang Tersayang - Sharnaaz Ahmad | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Panas Baran Demi Lindungi Orang Tersayang - Sharnaaz Ahmad

Meskipun sering dilabelkan sebagai lelaki ‘ganas’ bahkan lebih dikenali dengan sikap panas baran, namun pelakon Sharnaaz Ahmad berkata dia tidak mahu ambil pusing tentang apa yang diperkatakan oleh segelintir pihak mengenai dirinya.

"Bagi saya, biarlah apa sahaja orang mahu bercakap tentang diri saya.

"Hanya mereka yang betul-betul mengenali saya, akan tahu bagaimana hati budi saya.

"Sikap (panas baran) saya jadi begitu hanya kerana mahu melindungi orang yang tersayang di sekeliling saya,” katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Mewarisi sikap itu daripada datuk, bapa dan abangnya, Sharnaaz bagaimanapun sentiasa berusaha untuk mengubahnya, seterusnya menjadi individu yang lebih sabar serta tidak mudah marah. Selain dia juga sering mendapatkan nasihat daripada ahli keluarga yang lain.

Dalam pada itu pelakon drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta ini mengakui setiap pengalaman yang dilalui termasuklah kontroversi yang pernah mengaitkan dirinya membantu mendewasakannya.

"Setiap apa yang saya lalui, memberi pengalaman berharga buat diri saya.

"Pelbagai dugaan saya perlu hadapi, namun ia juga mengajar dan mendidik saya

"Lagipun, usia pun sudah meningkat, sedikit sebanyak saya juga semakin matang,” katanya yang kini sibuk menjalani penggambaran telefilem Yang Terakhir Untuk Ku arahan Azmi Hatta bagi slot Cerekarama di TV3.
Powered by Blogger.